khai bahar

MASALAH berat badan yang naik mendadak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan penyanyi Khai Bahar agak sedikit tertekan dan rungsing.

Menurut Khai, berat badannya pernah mencecah sehingga 67 kilogram (kg) akibat terlalu lama ‘berkurung’ dalam rumah kerana mematuhi perintah kerajaan bagi memerangi wabak Covid-19.

Justeru itu, dia mula memikirkan opsyen yang terbaik untuk mempercepatkan penurunan berat badannya kepada berat yang lebih ideal iaitu dengan mengeluarkan produk minuman pelangsingan dibawah jenamanya sendiri, KSlimz.

“Saya sendiri pernah alami berat badan sehingga hampir mencecah 70 kg ketika PKP fasa pertama pada Mac tahun lalu, tetapi alhamdulillah berjaya turun semula ke berat badan ideal selepas menggunakan KSlimz.

“Saya jadikan diri saya sebagai testimoni produk KSlimz dahulu kemudian baharulah berani memasarkannya kepada orang luar.

“Lagipun yang membuatkan saya berkobar-kobar nak keluarkan KSimz ini pun setelah ramai yang berkongsi cerita mengalami kenaikkan berat badan mendadak sepanjang PKP. Saya pun tak sempat nak pergi bersenam dan apatah lagi ketika itu pusat gimasium ditutup sementara waktu.

“Salah satu faktor mengapa saya keluarkan KSlimz adalah ingin membantu mereka yang alami masalah berat badan seperti saya untuk sama-sama turunkan berat badan kepada yang lebih ideal,” katanya kepada URTV.

khai bahar
Khai Bahar keluarkan modal sendiri untuk KSlimz

Penyanyi Bayang itu berkata demikian ketika sidang media pelancaran produk KSlimz yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Menurut Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin,27, produk yang berasaskan minuman coklat itu selamat digunakan kerana ia mengandungi bahan-bahan yang dibenarkan dan mampu mengawal selera makan.

Dalam pada itu, Khai tidak kisah jika ada pihak yang cuba menuduh dia menggunakan populariti demi melariskan peniagaannya.

Jelasnya, ia antara bonus dan memudahkan dia melakukan strategi pemasaran kerana secara tak langsung ramai peminat ingin mengambil tahu tentang produknya.

“Saya akui ia adalah kelebihan buat saya sendiri di saat nama sedang naik. Saya harus menggunakan peluang ini dengan hal yang baik dan bukannya mencipta kontroversi murahan.

“Pun begitu, pada pandangan saya jika nama sahaja popular tetapi tiada pasukan yang bagus dan kreatif dalam bisnes, rasanya tidak akan menjadi.

“Semuanya kena datang dengan usaha dan saya bersyukur sangat kerana mempunyai pasukan yang komited untuk memastikan KSlimz membantu pembeli menangani masalah mereka,” ujarnya.