noor hisham
Dr Noor Hisham Abdullah.

JUMLAH kes positif Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 1,529 kes baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan tiga hari berturut-turut di bawah angka 2,000.

Jumlah yang direkodkan hari ini sekali gus menjadikan kes terendah pernah dilaporkan sejak 27 Disember lalu yang mencatatkan sebanyak 1,196 kes harian baharu.

Kes harian baharu itu juga merupakan jangkitan positif terendah tahun ini dengan kes tertinggi mencecah 5,729 kes pada 30 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi kira-kira separuh daripada kes keseluruhan iaitu sebanyak 726 kes.

Pada masa sama, beliau berkata, Sarawak merekodkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 252 kes manakala Johor 120 kes.

“Lapan negeri mencatatkan kes sebanyak dua angka iaitu Negeri Sembilan (89); Pulau Pinang (76); Sabah (71); Kuala Lumpur (71); Perak (49); Kelantan (28); Perlis (17) dan Terengganu sebanyak 13 kes.

“Empat negeri lain pula merekodkan hanya satu angka kes harian iaitu Kedah sebanyak sembilan kes, Melaka (4), Pahang (3) dan Putrajaya hanya satu kes manakala tiada kes direkodkan di Labuan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: 1,683 kes baharu, lapan lagi kluster termasuk satu di Perlis

Semalam, sebanyak 1,683 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan lapan lagi kluster dikesan termasuk satu di Perlis.

Kes-kes kematian yang dilaporkan semalam pula melibatkan dua kes di Selangor dan satu kes di Pahang dengan kesemua kes melibatkan warganegara.

Kes sembuh juga melebihi kes baharu apabila 2,506 dibenarkan discaj.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram