MLM patuh syariah

MLM perniagaan patuh syariah. Ketika ini ramai yang terkesan dengan covid19 mula mengambil peluang menambah pendapatan melalui perniagaan. Justeru jika anda melibatkan diri dalam bidang perniagaan, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melariskan produk perniagaan anda.

Selain dari menjualnya terus kepada pelanggan seperti yang lazimnya diamalkan sekarang, atau melalui kaedah jualan dalam talian, masih terdapat juga kaedah perniagaan lain yang digunakan iaitu model MLM yang sememangnya tidak asing pun dalam negara kita.

Multi-Level Marketing atau pemasaran berbilang peringkat ini sedari awal dipromosikan di Malaysia sejak tahun 1970an lagi, apabila syarikat-syarikat asing dari luar negara seperti Amerika Syarikat dan Taiwan mula memperkenalkan konsep perniagaan ini.

Ada pelbagai pendapat dilontarkan untuk model perniagaan ini yang mana rata-rata mereka melihat MLM sama seperti model skim piramid. Secara mudahnya seseorang mencari, mendaftar atau merekrut ahli baru sebanyak mungkin dan orang paling atas akan mendapat untung atas angin. 

Multi Level Marketing adalah konsep perniagaan yang harus selagi mana ia mematuhi syarak yang ditetapkan dalam muamalah

Walaupun model MLM dan skim piramid dilihat seakan sama, namun ia mempunyai dua tujuan yang berbeza. Jika skim piramid, tujuannya tidak lain adalah untuk tujuan penipuan, di mana biasanya tiada produk sebenar pun yang dijual.

Akan tetapi MLM pula bertujuan untuk memastikan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat berjaya sampai ke tangan pengguna akhir.  Malah dengan model begini, sesebuah syarikat berjaya menjimatkan kos yang sangat besar bagi tujuan pemasaran dengan membesarkan rangkaian agen di bawah mereka.

Kedudukan MLM dari segi syarak

Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan dalam model MLM ini, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 72 telah memutuskan bahawa,

Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.

Model MLM membantu syarikat menjimatkan kos yang sangat besar bagi tujuan pemasaran

Kriteria yang diharuskan adalah selaras dengan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) yang diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 95. Kriteria berikut ialah,

  • Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam
  • Produk MLM hendaklah selaras dengan syarak
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
  • Kontrak jualan langsung secara bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas dan hendaklah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  • Tempoh bertenang iaitu tempoh tidak kurang daripada 10 hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.
  • Yuran keahlian pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan, yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat serta bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi.
  • Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak, iaitu untuk menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
  • Akad dalam perniagaan jualan langsung antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas.
  • Aktiviti pemasaran hendaklah dilakukan secara patuh syariah, tiada elemen paksaan, desakan, beradab dan tidak mengelirukan.  

Keperluan mencari yang halal

Dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. bersabda,

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam.” – HR Ibnu Abdil Barr

Dan dalam hadis yang lain, Baginda s.a.w. juga bersabda,

“Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu pun terang. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (ada kesamaran) yang tidak diketahui manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya…” = HR Bukhari & Muslim

Mencari yang halal itu satu kewajipan bagi setiap orang Islam. Justeru itu dalam memenuhi keperluan umat Islam, maka syarikat ANA Edar Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat bumiputera yang fokus kepada produk kesihatan dan kebahagian seisi keluarga menawarkan platform bisnes yang patuh syariah untuk mereka yang ingin menjana pendapatan.

Berteraskan kepada konsep perniagaan MLM, ANA Edar Sdn. Bhd. yang bertapak sejak tahun 1988 dan memperoleh lesen secara sah di bawah Akta Jualan Langsung pada 1993 telah pun memenuhi piawaian yang ditetapkan sebagaimana dalam muzakarah fatwa di atas.

Puan Hasniza Hassan Pengarah Eksekutif ANA Edar Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Eksekutif ANA Edar Sdn. Bhd. Hasniza Hassan, sistem MLM yang digunapakai ANA Edar bercirikan tradisional iaitu tiada had ahli baru yang boleh dilantik dan juga tiada had level atau tahap yang boleh dikembangkan di bawah seorang ahli.

Ahli-ahli syarikat ANA Edar Sdn. Bhd. dikenali sebagai Rania (rakan niaga ANA) menjalankan perniagaan masing-masing dengan memasarkan dan menjual produk berkualiti syarikat untuk mendapat untung runcit.

Selain itu mengikut pangkat dan kelayakan seorang ahli, syarikat akan membayar bonus berdasarkan prinsip “Hibah Mu’allaqah” sebagai keuntungan tambahan serta pemangkin motivasi untuk Rania mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Tambahnya lagi, tiada istilah orang atas goyang kaki dan mendapat keuntungan daripada usaha orang bawah. Malah leader atau upline hanya akan betul-betul berjaya apabila mereka melahirkan lebih ramai ahli kumpulannya yang berjaya. Dalam masa yang sama mereka yang di bawah juga boleh menjana pendapatan yang lebih banyak berbanding upline mereka sekiranya mereka berusaha lebih dan bijak mengatur strategi.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini syarikat tidak pernah mengamalkan apa jua strategi jualan MLM yang bersifat gharar atau syubhah termasuk “head hunting” iaitu pemberian bonus berdasarkan jumlah ahli baru yang dilantik semata-mata dan “front loading” atau membeli pangkat,” tegasnya.

Bagi memastikan sistem perniagaan MLM ini memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh majlis fatwa kebangsaan, disamping selari dengan kehendak syariat, maka dua orang pakar penasihat syariah telah dilantik oleh syarikat ANA Edar, iaitu Dr. Zaharudin Abd. Rahman dan Prof. Madya Dr. Azman Mohd Nor yang sememangnya pakar dalam bidang muamalah dan kewangan Islam.

Bukan itu sahaja, malah syarikat ANA Edar Sdn. Bhd. juga telah disahkan sebagai patuh syariah pada bulan Oktober 2015 dan turut menggariskan enam aspek utama dalam memastikan perniagaan mereka benar-benar memenuhi kehendak syarak iaitu:

  • Akad. Ini untuk menentukan perhubungan perniagaan antara ahli/rakan niaga dan syarikat.
  • Pelan pemasaran. Ini untuk menentukan adakah terdapat unsur-unsur penindasan atau gharar dalam pemberian bonus.
  • Sistem IT. Memastikan sistem IT yang berfungsi mengira bonus berdasarkan kelayakan benar-benar telus dan membuat pembayaran sebagaimana yang dijanjikan.
  • Produk. Memastikan produk yang dijual menepati hukum syarak.
  • Polisi beli balik. Memastikan terma-terma polisi beli balik yang adil bukan sahaja kepada pelanggan dan rakan niaga, malah kepada syarikat juga.
  • Bahan pemasaran. Memastikan bahan pemasaran yang digunapakai oleh Rania semasa menjual produk patuh syariah secara zahirnya serta bebas dari unsur-unsur gharar seperti overclaim dan dakwaan-dakwaan tidak tepat atau palsu.

Produk keluaran ANA Edar Sdn. Bhd.

Bermula dengan produk penjagaan diri, kemudian jenama ANA Edar telah dikembangkan kepada formulasi semulajadi dengan ramuan tradisi yang diberi interpretasi baru, untuk disesuaikan dengan kehidupan moden masa kini.

Antara produk berasaskan gamat keluaran ANA Edar Sdn. Bhd.

Produk terbaru keluaran ANA Edar iaitu Jeli Sari Gamat Gold telah dilancarkan dengan jayanya pada awal tahun 2020. Ramuan gamat yang digunakan bukanlah sebarang gamat, tetapi ia dari spesis gamat emas (stichopus variegatus semper) yang hidup di perairan pulau Malaysia.

Manakala produk lain berasaskan gamat yang turut dirumuskan termasuklah juga produk penjagaan kulit seperti pencuci muka, scrub, serum anti aging, serta krim pelembab dengan SPF30.

Gamat Jeli keluaran ANA Edar Sdn. Bhd. sesuai untuk seisi keluarga

Selain itu terdapat juga produk lain penjagaan diri seperti gel rawatan, minyak urut, pembersih wanita, losyen badan dan hand sanitizer. ANA Edar juga turut memasarkan produk kesihatan lain seperti Fiber Pack Plus Drink iaitu sejenis minuman koko lazat yang mengandungi oat, serat gandum, dan Chitoglucan untuk membantu mengawal selera makan serta penyerapan lemak oleh badan.

Kesemua produk-produk yang dikeluarkan oleh ANA Edar telah dan sedang mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan dikilangkan oleh pengusaha bumiputera melainkan hanya satu produk sahaja yang dihasilkan di kilang GMP milik bukan bumiputera.

Insya Allah, di masa akan datang, syarikat ANA Edar Sdn. Bhd. begitu komited untuk menyediakan solusi-solusi kesihatan yang halal, berkhasiat dan berkualiti di mana dapat memperkayakan kehidupan serta memberi kebahagian kepada seisi keluarga. Dan dalam masa yang sama selamat untuk diamalkan dengan harga mampu milik. Wallahu a’lam.

______________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram