Minta maaf ya, Pak Pandir

Pak Pandir pergi ke klinik kerana sakit perut. Selepas memberi Pak Pandir ubat, doktor itu memberitahu Pak Pandir, dia tahu, lepas ini enam ekor ayam betina milik Pak Pandir takkan bertelur lagi. Pak Pandir terkejut.

Pak Pandir: Eh, macam mana doktor tau?

Doktor: Pagi tadi saya terlanggar ayam-ayam tu. Minta maaf ya, Pak Pandir…

Fakta mati pucuk

  • Pernah dengar penyakit ‘erectile dysfunction’? Alah, orang kita menyebutnya sebagai ‘mati pucuk’. Penyakit ini sangat ditakuti kaum lelaki. Yang hairannya, mereka takut dengan ‘mati pucuk’, tapi tak takut kalau-kalau ‘mati esok’.  
  • Pernah dengar nama carolina reaper, trinidad morugo scorpion, bhut jolokia dan naga viper? Itu hanya sekelompok nama cili di dunia. Kalau di Malaysia, ada juga yang panggil cabai. Awas, jangan cakap ‘cibai’ depan orang tua, tak pasal-pasal nanti mulut kena sumbat cabai!
  • Nak tahu kelebihan tiram? Ia mampu mengubah jantinanya, contohnya dari jantan kepada betina. Mungkin boleh disamakan dengan Salleh, seorang lelaki yang kemudian berubah menjadi Sally. Adik beradik tiram juga lah tu.
  • Terdapat lebih 2,000 spesies kala jengking di dunia. Ekor haiwan ini memiliki penyengat dengan kelenjar beracun. Hampir 50 spesies memiliki racun yang mampu membunuh seorang manusia dengan sekali sengatan. Fakta ini tidak kaitan dengan Cik Kiah yang memakai seluar ketat hingga bentuk punggungnya mampu ‘menyengat’ pandangan mata lelaki ya!
  • Dikatakan wanita mempunyai deria bau yang lebih baik berbanding lelaki. Mungkin sebab itu mereka mudah ‘mencium’ jika lelaki menipu. Jaga-jaga tau…
  • Muzik dipercayai dapat membantu memulihkan kerosakan otak dan juga mengembalikan memori yang hilang. Hmmm… mungkin sebab itu ramai orang muda suka ke kelab malam yang bingit dengan dentuman muzik. Nak ‘perbaiki’ otak agaknya ya?

Ahli politik belum mati

Sebuah bas yang membawa 20 orang ahli politik, memecut laju menuju ke kawasan kempen pilihan raya. Sampai di kawasan kampung, tiba-tiba bas itu terbabas dan melanggar pokok, lalu melambung ke udara, kemudian terhempas semula di atas jalan raya. Semua ahli politik itu terbaring di atas jalan.

Seorang petani tua yang sedang membajak sawahnya ternampak kejadian itu. Disebabkan hanya dia seorang yang berada di kawasan terpencil itu, petani tersebut terus membuat sebuah lubang besar dengan jentera bajaknya, lalu mengebumikan semua ahli politik tadi.

Keesokannya, seorang anggota polis yang lalu di kawasan tersebut ternampak bangkai bas berkenaan. Dia lalu bertanya kepada petani tua yang sedang membajak sawahnya.

 “Semuanya mati ke, pak cik?” tanya anggota polis berkenaan selepas petani itu menceritakan apa yang berlaku.

“Sebenarnya encik, ada lima enam orang yang cakap mereka masih hidup lagi. Tapi encik taulah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.”

BONUS : Lawak budak-budak

Petang itu dua orang budak bernama Saod dan Tolib pergi memancing di sungai. Dalam pada bosan-bosan menunggu ikan, Saod pun berkata, “Tolib, aku ada satu cerita.”

“Cerita apa?” tanya Tolib.

“Adalah. Tapi nanti kalau aku cerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?”

“Ok. Boleh,” jawab Tolib. Saod pun memulakan ceritanya…

Saod : Suatu hari aku pergi memburu

Tolib : Memburu

Saod : Aku masuk ke dalam hutan

Tolib : Hutan

Saod : Tiba-tiba aku rasa nak terberak

Tolib : Berak

Saod : Aku berlari ke semak

Tolib : Semak

Saod : Aku pun berak

Tolib : Berak

Saod : Suatu hari lain aku pergi memburu lagi

Tolib : Lagi

Saod : Aku pergi ke tempat yang aku berak dulu

Tolib : Dulu

Saod : Tiba-tiba aku lihat tahi aku sudah tak ada

Tolib : Ada

Saod : Aku pun tertanya-tanya

Tolib : Tanya

Saod : Siapa makan tahi aku?

Tolib : Aku….

Dah, sambung kerja tu! Pagi Isnin pun dah start nak mengulor…