Resipi kacang kuda berperisa

0
392
kacang kuda berperisa

Kacang kuda adalah antara jenis kacang yang menjadi kegemaran ramai. Jom cuba resipi kacang kuda berperisa ini. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN-BAHAN
1/2 kg kacang kuda
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS
10 ulas bawang goreng-tumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 tangkai daun kari
Minyak

CARA MENYEDIAKAN
1.Kacang kuda hendaklah direndam semalaman.
2.Kemudian rebus dan bubuhkan sedikit garam. Rebus empuk dan kemudian tuskan.
3.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning. Masukkan daun dari dan cili serbuk.
4.Akhir sekali masukkan kacang kuda dan gaul sebati.