pu syed

SERINGKALI tampil dengan imej seksi dan foto yang mendedahkan aurat di laman media sosial, pelakon Sharifah Sakinah telah ditegur Pencetus Ummah (PU) Syed agar menjaga adab berpakaian dengan baik.

Menurut PU Syed, sebelum ini dia pernah menasihati pelakon itu menerusi mesej langsung (DM) pada 12 Januari 2019 dan kini memilih untuk menegur secara terbuka sebagai pedoman bersama.

Katanya, sekalipun hidup bebas,namun bagi umat Islam, perlu ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram, manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin untuk ambil tahu.

“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Islam menggariskan adab berpakaian bagi seorang Muslim dan Muslimah. Ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah.

“Namun apa yang puan pertontonkan kepada khalayak adalah suatu yang membawa kepada dosa,” katanya.

TEGURAN terbuka PU Syed kepada Sharifah Sakinah di Instagram

Jelas Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Al Yahya, teguran yang dibuat itu hanyalah dengan niat untuk membantu menyedarkan pelakon itu daripada terus hanyut dengan ujian dunia.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan dan nasab yang mulia, maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.

“Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi. Belum terlambat unutk tunjuk sesuatu yang mulia kepada pengikut di luar sana,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Sakinah menerusi Instagramnya turut memuat naik semula teguran berkenaan di entri terbaharunya dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Maafkan saya, doakan yang baik-baik,” katanya.

PERMOHONAN maaf daripada Sharifah Sakinah