fitbit
JAM ini boleh dihubungkan ke telefon pintar

ANDA mempunyai anak yang akan menyambut hari jadinya tidak lama lagi. Jam tangan pintar Fitbit Age 3 ini mungkin sesuai dijadikan hadiah kerana di samping mampu mengembirakan kanak-kanak, ia juga mampu meningkatkan kesihatan mereka.

Jam tangan kanak-kanak terbaru keluaran Fitbit itu direka untuk kegunaan kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.

Jam pintar dari Siri Fitbit Ace ini mempunyai pelbagai ciri menarik termasuklah penjejak tidur, merekod pergerakan dan melakukan aktiviti cabaran dan dihiasi dengan gambar karektor Minions.

Fitibit Ace 3 ini juga mempunyai variasi wajah jam animasi (clock faces) dan pelbagai aksesori baru untuk anak-anak mempamerkan gaya peribadi mereka. Jam pintar ini hadir dalam warna hitam dengan gesper merah dan juga pilihan warna biru dengan gesper hijau.

Keistimewaan model terbaru Fitibit Ace ini ialah ia mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga lapan hari serta kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

BERITA BERKAITAN Semakin lama si kecil terdedah dengan gajet, semakin tinggi risiko terkena speech delay.

Akaun Fitbit
Melalui peranti, ibu bapa boleh membuat akaun keluarga dan membuat akaun anak di aplikasi Fitbit. Dalam paparan ibu bapa, anda boleh melihat setiap aktiviti yang anak mereka lakukan.

Dalam aplikasi Fitbit, anak-anak boleh berhubung dengan rakan dan keluarga yang diluluskan oleh ibu bapa.

Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam pertandingan persahabatan melalui cabaran Family Face Off, dan meraikan kemenangan dengan lencana dan trofi maya.

Ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menyediakan akaun untuk anak dan mengaktifkan Kid View. Dengan ciri ini, anak berusia 6 tahun ke atas dapat melihat statistik pergerakan, lencana dan wajah jam mereka.

JAM tangan ini mampu merekodkan waktu tidur dan bangun kanak-kanak untuk dipantau oleh ibu bapa.

Spesifikasi

  • Talinya diperbuat daripada silikon klasik.
  • Boleh laras pada pergelangan tangan berukuran 4.8″ sehingga 6.8″ lilitan.
  • Dimensi 1.47″ panjang x 0.66″ lebar x 0.5″ tinggi.
  • Dilengkapi skrin sentuh dengan paparan PMOLED.
  • Memorin mampu menyimpan 7 hari data pergerakan setiap minit.
  • Ciri kesihatan penjejak tidur. Merekod waktu tidur dan bangun
  • Boleh membuat peringatan waktu tidur dan penggera senyap
  • Ibu bapa mengetahui jika anak mereka duduk terlalu lama.
  • Menjejak langkah pengguna sepanjang hari.
  • Boleh memilih sendiri watak muka jam animasi.

Untuk dihubungkan ke telefon bimbit, gajet ini serasi

  • Apple iOS 12.2 ke atas
  • Android OS 7.0 ke atas
  • Sync memerlukan Bluetooth LE dan rangkaian Internet
  • Harga jualan: RM328.00
  • Boleh lakukan prapesanan di Fitbit.com.
  • Ia berada di pasaran Malaysia bermula 29 Mac

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram