isra' mikraj misi besar

Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”  Al-Isra’: 1

Inilah dia kisah besar dalam sejarah Islam yang mencabar kotak pemikiran manusia telah berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda s.a.w. memenuhi undangan Allah S.W.T. untuk naik ke langit bertemu dengan Nya.

Kisah perjalanan Baginda s.a.w. telah diriwayatkan dalam sebuah hadis yang panjang oleh salah seorang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Anas bin Malik r.a. Sabda Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut berbunyi,

Masjid al-Aqsa singgah pertama Rasulullah s.a.w. dari Baitullah ketika Isra’ Mikraj

“Didatangkan kepadaku Buraq (kenderaan berwarna putih tinggi. Besarnya di atas keldai dan di bawah kuda. Langkahnya sejauh matanya memandang), beliau berkata, “aku menaikinya hingga aku sampai di Baitulmaqdis, kemudian aku tambatkan dengan tali yang biasa dipakai para nabi untuk menambatkan”. Baginda bersabda lagi,

“kemudian aku masuk masjid dan solat dua rakaat di dalamnya. Setelah itu aku keluar, maka datanglah Jibril a.s. membawa bejana berisi khamar dan bejana berisi susu. Aku kemudian memilih susu, Jibril a.s. lalu berkata, “Engkau telah memilih fitrah

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan Adam a.s. Beliau menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit kedua, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan kedua anak bibiku Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria a.s. Mereka menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Perjalanan Rasulullah s.a.w. hingga ke langit ketujuh untuk memenuhi undangan Allah S.W.T. hanya satu malam mencabar pemikiran akal yang sihat.

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit ketiga, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan,siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan Yusuf a.s. Sungguh beliau telah diberikan setengah keelokan dan beliau menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit keempat, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan Idris a.s. Beliau menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Allah berfirman, Maryam: 57

Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit kelima, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan Harun a.s. Beliau menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit keenam, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami. Ternyata aku bertemu dengan Musa a.s. Beliau menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Selanjutnya aku dimi’rajkan ke langit ketujuh, kemudian Jibril minta dibukakan, dikatakan, “siapa kamu?” Ia berkata, “aku Jibril” dikatakan, “siapa yang bersamamu?” ia berkata, “Muhammad” dikatakan, “apakah ia telah diutus?” Ia berkata, “benar, telah diutus” maka dibukakanlah bagi kami.

Ternyata aku bertemu dengan Ibrahim a.s. sedang menyandarkan punggungnya pada Baitul Makmur yang setiap harinya dimasuki oleh 70 ribu malaikat yang tidak pernah kembali lagi.

Kemudian aku pergi bersama Jibril a.s. ke Sidratul Muntaha yang ternyata daun-daunnya seperti telinga gajah dan buah-buahannya seperti Qilal. Beliau berkata, “Ketika Sidratul Muntaha dipenuhi oleh perkara Allah, maka berubahlah ia. Tidak ada seorang dari makhluk Allah yang mampu menyifatinya kerana begitu eloknya.

Difardukan solat sebanyak 50 kali sehari merupakan satu beban berat yang tidak mampu dilakukan

Kemudian Allah mewahyukan kepadaku sesuatu yang diwahyukan. Allah mewajibkan kepadaku 50 solat dalam sehari semalam. Selanjutnya aku turun kepada Musa a.s. dan beliau bertanya, “apa yang diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?”

Aku menjawab, “50 solat” Musa berkata, “kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan. Sesungguhnya umatmu tidaklah mampu melakukan demikian kerana sesungguhnya aku telah menguji bani Israel dan telah mengetahui mereka

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Maka aku kembali kepada Tuhanku dan berkata, “Ya Allah! Ya Tuhanku, ringankanlah atas umatku” kemudian Tuhanku mengurangi atasku lima solat. Maka aku kembali kepada Musa a.s. dan aku berkata kepadanya, “Tuhanku telah mengurangi bagiku lima”

Musa a.s. berkata, “sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukannya maka kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah pengurangan

Rasulullah s.a.w. berkata, “dan tiada henti-hentinya aku kembali antara Tuhanku dan Musa sehingga Allah Taala berfirman, “Ya Muhammad! Sesungguhnya yang demikian itu adalah lima solat sehari semalam.

satu kebaikan dibals 10 ganjaran

Setiap solatnya ada 10 ganjaran, maka semuanya ada 50 solat. Dan barang siapa bertekad mengerjakan kebaikan tapi belum dapat melaksanakannya, maka baginya satu kebaikan dan jika ia telah melakukannya maka baginya 10 kebaikan.

Dan barangsiapa bertekad mengerjakan keburukan, dan belum melaksanakannya maka tidaklah ditulis baginya sesuatu apa pun. Dan jika ia telah melakukannya maka ditulis baginya satu keburukan.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “kemudian aku turun sampai berakhir di Musa, maka aku memberitahunya.” Musa berkata, “kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah pengurangan

 Rasulullah s.a.w. bersabda, “aku berkata aku telah kembali kepada Tuhanku sampai aku merasa malu kepada Nya” HR Bukhari & Muslim  

Begitulah kisah perjalanan Baginda s.a.w. ketika menerima undangan Allah S.W.T. ke Sidratul Muntaha. Baginda bukan sahaja diperlihatkan dan dipertemukan dengan pelbagai perkara luar biasa yang mencabar kotak pemikiran manusia, malah lebih hebat lagi ia merupakan penyerahan misi besar Allah S.W.T. kepada Baginda s.a.w. untuk umat Islam iaitu perlaksanaan solat lima waktu sehari semalam. Wallahu a’lam

_________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram