SEPATUTNYA kesalahan kecil langgar SOP seperti tidak pakai pelitup muka hanya diberi teguran, bukan saman. - Gambar Hiasan

PELITUP muka diperbuat daripada kapas lebih berkesan menapis zarah coronavirus atau Covid-19 berbanding pelitup sintetik buatan manusia seperti nilon dan polister, dedah satu kajian.


Penyelidik juga mendapati, kelembapan tinggi daripada pernafasan manusia membantu meningkatkan penapisan pada kapas kepada 33 peratus.

Pelitup muka diperbuat daripada kapas lebih berkesan menapis zarah coronavirus atau Covid-19 berbanding pelitup sintetik buatan manusia seperti nilon dan polister,

Bagaimanapun lapor Mail Online, pelitup muka sintetik diperbuat daripada polister dan nilon tidak menunjukkan peningkatan bila terdedah kepada tahap tinggi kelembapan.

Menurut data, pelitup muka gred perubatan dan pembedahan tidak terjejas dengan kelembapan namun beroperasi sekurang-kurangnya seperti pelitup muka kapas.

US National Institute of Standards and Technology (NIST) membandingkan bahan tapisan pelbagai pelitup muka di sebuah makmal.


Sebahagian kapas yang digunakan untuk membuat pelitup muka diletakkan pada kotak kecil yang ditetapkan pada kelembapan 99 peratus menyamai pernafasan manusia.


Ia kemudiannya diletakkan pada tiub yang mengepam keluar udara dan zarah pada kelajuan sama dan kekuatan yang dihasilkan oleh pernafasan manusia normal.

Perbandingan antara pelitup muka kapas dan sintetik.


Zarah garam berukuran saiz 50 hingga 825 nanometer dikeluarkan oleh tiub dan penyelidik mengukur jumlah zarah di udara sebelum dan selepas ia melalui fabrik.

Sebanyak sembilan jenis kapas diuji dan tertakluk kepada keadaan lembap kemudiannya menjadi lebih baik menapis zarah antara 12 dan 45 peratus.


Enam jenis kapas fabrik sintetik termasuk nilon dan polister juga dinilai dan didapati memberi reaksi lemah jika dibandingkan dengan kapas tanpa mengira kelembapan.


Pelitup muka pembedahan dan pelitup N95 memberikan keberkesanan tapisan yang sama di bawah keadaan kelembapan tinggi dan rendah.


Penyelidik menulis kajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal ACS Applied Nano Materials berkata, kapas menjadi lebih baik dalam menapis  zarah semasa keadaan lembap kerana fiber bersifat hidropilik.


Ini bermakna ia secara konsisten menyerap air dan ‘menyimpan’ sejumlah kecil air dalam pernafasan manusia dan mewujudkan persekitaran lembap pada kapas.


Bagaimanapun bahan sintetik bersifat hidrofobik dan menangkis air sekali gus tidak meningkat  saiz titisan dan tidak meningkatkan kemampuan menapis.