Autism, insan istimewa dengan anugerah luar biasa yang dikurniakan Allah SWT. Dan kisah perkongsian seorang ibu yang dikenali sebagai Kay Foad cukup meruntun hati dan perasaan.

Coretan memori kisah kejayaan anaknya cukup memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana. Menurut pakar psikiatri yang merawat, ini adalah sejarah pertama yang tercipta apabila seorang autism berjaya menjadi seorang doktor.

Malah jelasnya lagi, autism tidak pernah memusnahkan hidup, malah kekurangan yang ada boleh diperbaiki dan dipraktiskan dengan lebih baik.

Terharu akan pengiktirafan yang diberikan, jelas si ibu, pencapaian ini bukan untuk menormalkan kehidupan si anak, sebaliknya untuk menambahbaik kualiti hidup.

“Autism ruined my life” kata anakku kpd psychiatrist benar2 meruntun hati ibunya.

Psychiatrist pula menjawab ” Autism tidak pernah memusnahkan hidup awak, walaupun awak rasa kekurangan tetapi saya rasa awak lebih drpd semua orang termasuk orang yang normal sebab orang normal pun tidak boleh menjadi seperti awak. Awak berjaya menamatkan pengajian di university dan sekarang berjaya berkerja disini. Kalau diikutkan secara logik ianya bukan satu perkara yg mudah.

“Ini bukan kejayaan yg sedikit tetapi amat besar bagi saya kerana seumur hidup saya, pertama kali saya berjumpa seorang autism yang berjaya menjadi seorang doktor, saya menyokong penuh atas prestasi awak bukan kerana awak seorang autism tetapi kerana presentation, mental stability awak lebih baik drpd yg lain, bagi saya awak fit dalam pekerjaan ini, kekurangan yang lain boleh dipraktiskan dan boleh diintervensikan.”

“Allahuakbar….Alhamdulilah terima kasih ya Allah… airmata ibu ini sekali lagi turun laju bak hujan yg lebat.. kata2 ini sentiasa tergiang2 ditelinga ibunya. Ketika itu dia dipanggil utk melakukan compulsory assessment utk setiap houseman dihospitalnya.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk sampai ke tahap ini dan sehingga kini masih struggle untuk menolongnya sehabis baik bukan untuk menjadikan dia seorang yang normal tetapi untuk penambahbaik kualiti hidupnya.

“Semoga Allah memberikan kemudahan buat dia dan kemudahan utk parents yang berada dalam group ini. Amiin. Inilah secebis pengalaman saya untuk dikongsikan bersama.”

Sekadar makluman, Compulsory Mental Assessment ini diwajibkan untuk setiap doktor pelatih bagi memulakan tugasan demi memastikan kesihatan mental mereka berada pada tahap optimum dan sihat.

Sumber : Kay Foad