Mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil, nasi goreng yang wajib ada di atas meja setiap pagi ialah nasi goreng lada kering. Walaupun ringkas, namun cukup menggamit selera.

Perkongsian resipi dari Siti Zulaikha Nordin ini memang menarik, lebih-lebih lagi melihat atok makan dengan cukup berselera. Dan untuk menyediakannya wajib gunakan lesung batu, barulah mengancam.

“Assalamualaikum selamat pagi. Dah lama tak buat nasi goreng macam ni. Nasi goreng lada kering. Ni bukan masak apa tak jadi, ni makan boleh terlebih2 jadi ni. Rindu kat arwah nenek saya. Yang makan ni atok belah suami saya. Selera atok makan. Atok suka makan pedas-pedas, so pagi ni kita layan selera org2 tua. Ikan masin tu atok memang tak boleh tinggal. Atok saya dah tak boleh nampak dah. Doakan atok saya terus sihat ya.

“Resepi nasi goreng legend. Kena rajin menumbuk.

Bahan :

5 ulas Bawang putih

1 labu Bawang besar

10 tangkai Lada kering – rebus sehingga lembut

Ikan bilis sejemput atau lebih – rendam dengan air panas supaya lembut.

Cara :

  1. Tumbuk bahan sehingga lumat kasar.
  2. Kemudian goreng dengan minyak sehingga garing. Letakkan garam dan tambah perasa.
  3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Sumber : Siti Zulaikha Nordin