herba

Penggunaan herba amat meluas bagi meningkatkan rasa dan juga aroma dalam sesuatu masakan. Terdapat banyak herba-herba yang digunakan dalam masakan dan herba-herba ini diguna dalam bentuk segar dan kering dalam masakan. Herba yang segar mempunyai aroma yang lebih kuat dan sedap berbanding herba kering. Namun, herba kering lebih tahan lama berbanding herba segar.

THYME
•Amalan minum air rebusan thyme, mampu melegakan sakit tekak, batuk, kembung perut dan membantu kekejangan perut. Pengambilan berlebihan thyme boleh mengakibatkan cirit-birit dan pening.

DILL
•Mempunyai rasa dan aroma yang segar, sesuai digunakan untuk masakan berasaskan ikan. Kunyah helaian daun dill segar untuk menghilangkan nafas berbau.

OREGANO
•Herba oregano mempunyai rasa dan aroma yang kuat. Rasa dan aroma oregano kering lebih kuat berbanding oregano segar. Sesuai untuk memerap daging kambing. Hidu oregano kering, boleh menghilangkan rasa migrain.

ROSEMARY
•Mempunyai rasa dan aroma yang harum dan unik. Rosemary diguna segar atau kering dalam masakan. Merupakan salah satu bahan untuk perapan. Bersifat anti kanser serta mampu meningkatkan daya ingatan.

DAUN PARSLI
•Daun parsli berbau wangi. Amal minum air rebusan parsli, bagus untuk mengeluarkan garam dan racun dari tubuh badan terutama membersihkan buah pinggang.

DAUN PUDINA
•Herba yang berbau segar dan mempunyai rasa yang dingin. Minum secawan teh pudina, amat berkesan untuk merawat bau nafas, mengeluarkan kahak dan mengurangkan sakit pada dada.

DAUN KUCAI
•Daun kucai adalah sayuran herba yang hampir menyerupai daun bawang dan mampu merangsang selera makan. Ia juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria di dalam usus.

DAUN KETUMBAR
•Daun ketumbar mempunyai aroma yang harum dan kuat. Kisar daun ketumbar, lalu dijadikan serbuk. Ambil satu sudu serbuk daun ketumbar untuk memudahkan proses pencernaan, buang angin dan menambah selera makan.

DAUN SELASIH
•Daun selasih antara herba yang mempunyai bau wangi yang tersendiri. Kebiasaannya dimakan mentah dan digunakan sebagai penyedap makanan. Ia mengandungi antiseptik dan boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit. Mampu menghilangkan stres dan menolong memperkuatkan hati.

DAUN KEMANGI
•Daun kemangi herba yang hampir menyerupai daun selasih kerana berada di bawah spesis keluarga tumbuhan yang sama. Apa yang membezakan daun kemangi adalah baunya mempunyai sedikit bau sitrus. Ia sebagai awet muda dan boleh mengubati jika terkena sengatan serangga dengan cara mengunyah daun kemangi lalu ditampalkan pada luka disengat.