Asyik beli serbuk kari di kedai, sesekali apa kata cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun, apa yang penting wajib ada pengisar kering.

Jom cuba resipi serbuk kari ikan yang dikongsikan Selvakumar Arunasalam, memang kaw dan cukup enak.

Bahan :

1 cawan Ketumbar
1 1/2 sb Jintan putih
2 sk Biji lada hitam
1 sk Serbuk kunyit
15-20 Cili kering
Segenggam daun kari

Cara :

  1. Sangai bahan-bahan secara berasingan di atas kuali menggunakan api sederhana dalam dua hingga tiga minit.
  2. Sangai cili kering dengan sedikit minyak.
  3. Selepas selesai, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Tambahkan satu sudu kecil serbuk kunyit dan kisar halus.
  4. Selesai, boleh digunakan untuk memasak kari ikan.

Boleh layari laman Youtube Brader Selva di sini.

Sumber : Selvakumar Arunasalam