DAP pengundi hantu
DAP pengundi hantu ditumbulkan kumpulan penyokong yang tidak berpuas hati dengan cara pemilihan DAP Perak berlangsung hari ini.

DAHULU DAP dan sekutunya terutama PKR lantang mendakwa wujud pengundi hantu dalam perjalanan pilihan raya negara bagi membolehkan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Hari ini, parti itu sendiri berdepan dakwaan wujud pengundi hantu dalam pemilihan DAP Perak di Ipoh.

Ini menyebabkan suasana kecoh di lokasi Konvensyen DAP Perak apabila penyokong kumpulan Thomas Su – M. Kulasegaran mempertikaikan jawatankuasa yang mengendalikan pemilihan.

Ini apabila pihak jawatankuasa masih meminta perwakilan menghadiri konvensyen meskipun waktu pendaftaran sudah berakhir.

Thomas dan Kulasegaran merupakan pencabar kepada regu dua sepupu penyandang kepimpinan DAP Perak iaitu Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham.

Malah kejadian itu menyebabkan sebahagian penyokong Thomas dan Kulasegaran yang berada di luar dewan melaungkan “Nga Tipu” seperti dilapor NST Online.

Penyokong kem Kulasegaran-Thomas mendakwa segelintir perwakilan dilihat memakai tanda nama bertulis tangan dan bukannya pengenalan yang dihasilkan menerusi cetakan komputer, lapor Malaysiakini.

Thomas yang juga Ahli Parlimen Kampar ketika ditemui media berkata, berdasarkan surat parti jelas menyatakan pendaftaran perwakilan setakat jam 10 pagi.

“Namun selepas jam 10 pagi, urus setia masih menghubungi perwakilan yang belum berdaftar.

“Apa ini.. Urus setia tahu cawangan mana yang belum hadir mendaftar dan menghubungi supaya datang. Ini tidak adil, kami juga mahu panggil penyokong kami. Biar berlaku adil,”

Setiausaha Politik Kulasegaran, Cheong Chee King pula berkata, mereka juga mahukan akses senarai kehadiran peserta namun permintaan itu ditolak.

Baca artikel berkaitan: DAP tiada masalah kerjasama dengan UMNO mengenai isu rakyat – Guan Eng

Berdasarkan beberapa video lain yang dimuat naik di media sosial, difahamkan beberapa kekecohan juga tercetus di antara dua kem berkenaan.

Difahamkan pihak polis turut dipanggil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Kor Ming pula mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan pegawai pemilihan parti yang bertanggungjawab mengendalikan pemilihan adalah orang yang dipilih ibu pejabat DAP.

Kor Ming turut menggesa DAP mengenakan tindakan disiplin kepada individu yang mencetuskan kekecohan di persidangan tersebut.

“Semua proses adalah profesional, telus dan adil. Saya mohon maaf kerana terdapat kumpulan kecil yang menggangu kerana bimbang akan kalah.

“Saya harap Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan terhadap individu terbabit bagi menjaga disiplin parti.

“Bagaimanapun ini sama sekali tidak mempengaruhi kejayaan mengadakan kongres parti,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram