kaka azraff

LAGU Gila nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Lagu hasil ciptaan Loca B, Noki dan Ezra Kong itu berjaya memenangi trofi dan wang tunai RM50,000.

Sementara itu lagu Semalam nyanyian dan hasil ciptaan oleh Aina Abdul berjaya menempatkan diri dikedudukkan naib juara AJL35 sekaligus menyaksikan dia membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Menduduki tempat ketiga ialah lagu Belenggu Rindu hasil karya Hael Hussaini dan Ezra Kong. Lagu yang disampaikan Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah itu menjadikan mereka layak menerima trofi dan wang tunai RM20,000.

Manakala penyanyi Ernie Zakri yang mendendangkan lagu Gundah diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL35 dan membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM12,000.

Dalam pada itu, penyanyi Zizi Kirana yang membawakan lagu Eh telah mengungguli kategori persembahan terbaik yang membawa ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000.

12 finalis diadili oleh 10 juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani dan turut disokong oleh Datuk Syafinaz, Azmeer, Ajai, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

AJL35 yang disiarkan secara langung di TV3 pada pukul 9 malam itu dihoskan trio Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Husni secara norma baharu tanpa penonton mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi