[VIDEO] Misteri Jalan Mantin | Layar Mastika

0
2173

Mantin terletak di utara Seremban, Negeri Sembilan, di jalan utama (jalan lama) yang menghubungkan Seremban dan Kajang, Selangor. Pekan Mantin menjadi simpang untuk ke Lenggeng di sebelah timur, Pajam (barat), Beranang (utara) dan Bukit Mantin (selatan).

Jalan Seremban – Mantin sejauh 17 kilometer. Sebahagian besar merentasi Bukit Mantin yang ketinggiannya melebihi 400 meter di atas paras laut. Di laluan inilah diceritakan sering berlaku kejadian misteri.

Dikatakan pengunjung dan pengguna jalan raya sering terlihat kelibat misteri, jelmaan orang tua berpakaian putih, wanita tua bermata merah dan banyak lagi.

Benarkah banyak misteri di jalan ini? Saksikan kisah di sebalik jalan ini.

Artikel berkaitan:[VIDEO] Sejarah Songsang: “Saya kesal buku itu dilakukan tanpa libatkan arif sejarah” | Berani Cakap Siri 8: Bahagian 1


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.