telur kam heong

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi telur kam heong yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur rebus
5 ulas bawang putih- cincang halus
2 sudu besar udang kering
1 ½ sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
4 tangkai cili padi-hiris
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan udang kering dan goreng sehingga garing.
2.Masukkan pula serbuk kari, daun kari serta cili padi, kacau sebentar.
3.Setelah itu, masukkan sedikit air, sos tiram dan lada hitam. Kemudian masukkan telur rebus, kacau supaya disaluti sos kam heong. Perasa kan dengan gula dan garam. Masak sehingga agak garing, jika suka berkuah, tambah air sedikit.

Resipi: Chef Gunawan Aka Chef Obie, Kuala Lumpur