TEKA-teki mengenai adakah benar, kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor akan berkahwin dengan Engku Emran terjawab.

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu sah menjadi milik Engku Emran Engku Zainal Abidin hari ini selepas mereka diakad nikah sebentar tadi.

Neelofa dalam akaun Instagram miliknya, memuat naik status dan video pendek majlis akad nikah pasangan tersebut yang diadakan secara tertutup di sebuah masjid.

Mereka melangsungkan pernikahan dalam majlis yang diadakan tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.

Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Engku Emran sebelum ini pernah dua kali berkahwin, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.

BERITA BERKAITAN Noor Nabila, Engku Emran bakal disatukan sebagai suami isteri esok, betul ke?

Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram