Cara buat kek lobak merah yang sedap dan mudah…gerenti jadi!

0
599
kek lobak merah

Suka makan Kek Lobak Merah? Jom cuba resipi perkongsian Cef Amer Hamzah ni. Mudah dan gerenti jadi! Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur kuning
100 gm gula perang
300 gm minyak jagung
250 gm tepung
5 gm serbuk penaik
8 gm serbuk soda
250 gm lobak merah – parut
20 gm kelapa parut hawaiian
30 gm kacang walnut – cincang kecil
4 biji telur putih
1 gm krim tar-tar
100 gm gula

CARA MENYEDIAKAN:

1.Putar telur kuning dan gula hingga kembang .
2.Masukkan minyak dan campuran tepung – putar hingga sebati.
3.Masukkan lobak merah, kelapa kering dan kacang walnut – kacau sebati.
4.Putar putih telur dan krim tar-tar hingga berbuih, masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
5.Masukkan campuran putih telur ke dalam adunan tadi, gaul sebati.
6.Tuangkan ke dalam acuan 8″ yang telah dialas kertas.
7.Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit.
8.Sedia dinikmati
Resipi: Cef Amer Hamzah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi