WALAUPUN kini sedang sarat berbadan dua, namun penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap memberi fokus kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Sama seperti ibu di luar sana, pelantun lagu Siapa Tak Mahu itu sentiasa peka terhadap perkembangan dan pertumbuhan anak perempuannya.

Menurut Siti, anak adalah anugerah dan amanah yang tidak ternilai. Melihat Aafiyah membesar dengan sihat adalah satu kebahagian buat dirinya.

“Saya sentiasa inginkan yang terbaik buat Aafiyah kerana saya mahu dia membesar dengan sihat, cerdik dan aktif.

“Sebab itulah saya memilih minuman jeli berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab sebagai minuman dan snek pilihan.

“Kini tidak sukar untuk pastikan anak aktif di dalam atau luar rumah. Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka,” katanya.

BERITA BERKAITAN Sekat akaun Instagram Siti Nurhaliza, Aishah kata tak sengaja

Diet seimbang untuk anak- anak sememangnya menjadi agenda penting bagi ibu dan bapa. Apabila usia anak sudah boleh menikmati makanan pejal, ibu bapa kebiasaannya akan berusaha mencari idea makanan terbaik untuk zuriat tercinta.

Selaras dengan usaha untuk terus membantu lebih ramai memiliki gaya hidup dan badan yang lebih sihat, BeauSiti X WonderLab kini telah melancarkan rangkaian produk minuman terbaharunya, BeauKids, yang memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkhasiat.

Antara faktor yang diambil kira dalam menyediakan makanan kanak- kanak termasuklah zat makanan yang lengkap, kebersihan proses penyediaan makanan dan yang paling penting, ia perlu lazat dan digemari oleh kanak- kanak.

Minuman berkhasiat terbaharu ini telah diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan.

Ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik.

Selain itu, minuman berkhasiat ini juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat. Ia bukan sahaja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram