autisme

Bukan mudah menyelami kehidupan insan istimewa yang bergelar autisme. Ada yang tidak mampu mengungkapkan kata-kata, segalanya diluahkan menerusi reaksi dan emosi. Namun ada sebilangannya dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan berkongsi rasa agar lebih difahami masyarakat sekeliling.

Perkongsian Khairul Azwan di laman sosial miliknya menjadi titik pemula bagi lebih memahami apa yang dirasai individu autisme. Jelasnya, individu autisme memerlukan jadual dalam rutin harian kerana ia menjadi penentu kepada apa yang perlu dilakukan.

Malah, jadual inilah yang akan mengukur waktu siang dan malam kerana baginya langit masih cerah walau jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Ikuti perkongsiannya.

“My Autisme adhd life.

“Hai I’m Khai, autisme dewasa. Hari ni Khai nak cite tentang harian I sebagai autisme, why kami perlukan jadual? Ini kerna siang dan malam kami adalah sama, tak dapat nak bezakan siang atau malam, itulah I.

“Pandangan mata I siang or malam sama je, langit still cerah walau jam dah pun pukul 12 tengah malam. So macam mana I nak tido kalau luar masih cerah?

“Disebabkan my life diatur mengikut jadual, waktu tido dalam jadual tu memang menyukarkan I sebab waktu I, I tak tau nak buat apa, semuanya bergantung pada diri I sendiri.

“Bagi I di luar masih CERAH so I terpaksa gelapkan my room segelap mungkin untuk nak dapatkan masa tidur berkualiti yang hampir mustahil tu. (kadang je berhasil..)

“Orang lain sedang nyenyak tido tapi I masih belum mengantuk, malah mengantuk tu macam mana pun I kurang faham. Yang I tau I habiskan masa I dengan aktiviti yang melekakan I.

“Selalunya I punggah almari baju untuk cari baju yang nak dipakai esok hari lepas tu baru I tido.

“Kalau tak boleh tido jugak, I keluar bersiar-sir atau duk lepak depan porch. Kadang-kadang I jadi ahli zoology dan biology di tengah malam, kaji la amenda yang jumpa depan mata, kumbang ke semut ke, siput babi ke, kalau paling takde binatang tu, daun bunga dan batu pun I kaji.

“Kalau I kerja awal pagi, sampai pukul 4 pagi je. Kalau I tak kerja awal pagi, masuk ofis pukul 9 pagi ,dekat nak subuh baru masuk dalam rumah. Kajian di sambung esok mlam pula.

“Begitulah sedikit coretan I sebagai autisme.

‘KAMI BUKANNYA GILA,BUKAN TAK WARAS TAPI KAMI ISTIMEWA’💕Komen yang tak buat i down ok.#Myautismelife.”

Sumber : Khairul Azwan