makanan penghuni syurga

Di syurga Allah S.W.T. akan menghidangkan kepada penghuninya makanan-makanan terbaik yang lebih baik dari di dunia sebagai ganjaran di atas amal ibadah dan ketakwaan mereka melaksanakan perintah Nya dan menjauhi larangan Allah. Antara makanan terbaik yang akan dinikmati para penghuni syurga ialah,

Pertama: Apa sahaja yang diingini hati dan sedap mata memandang. Firman Allah surah az-Zukhruf: 70 & 71,

“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya”

Kedua: Buah-buahan. Firman Allah dalam surah ar-Ra’d: 35

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah (seperti taman), mengalir sungai-sungai di dalamnya, buahnya tidak henti-henti sedang naungannya (demikian pula)”

Surah at-Tur: 22,

Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa) dengan buah-buahan dan daging-daging dari pelbagai jenis yang mereka ingini”

Surah Muhammad: 15

“Dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan”

Ketiga: Daging. Firman Allah dalam surah al-Waqiah: 20 & 21,

“Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan”

Keempat: Makanan yang paling enak. Firman Allah S.W.T. surah al-Haqqah: 24,

(kepada mereka dikatakan) makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”

Kelima: Makanan yang sendawa dan peluh mereka berbau wangi. Serta makanan yang tidak membuatkan mereka berak atau kentut. Dari Jabir r.a. aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda,

 “sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya, tidak pernah meludah, tidak kencing mahupun berak dan tidak pula ingusan” Mereka berkata, “jika demikian bagaimana pula dengan makanan?” Baginda menjawab, “sendawa dan keringat seperti keringat misik sedangkan mereka diilhami untuk bertasbih dan bertahmid seperti kamu diilhami untuk bernafas” HR Muslim

Keenam: Daging ikan ballam dan hati ikan paus. Dari Abi Said al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,

Pada hari Kiamat bumi menjadi seperti sepotong roti yang digenggam oleh Sang Maha Perkasa dengan tangan Nya, sebagaimana salah seorang di antara kalian memegang rotinya dalam perjalanan, sebagai bentuk jamuan untuk penghuni syurga” … dalam hadis ini disebutkan, kemudian datanglah seorang Yahudi berkata, “tidakkah aku memberitahukan kepadamu tentang makanan mereka?” Beliau menjawab, “makanan mereka daging ikan ballam dan paus” mereka berkata, “apa itu?” Beliau menjawab, “Sapi dan paus, tambahan jantung keduanya dimakan oleh 70 ribu orang” HR Muttafaq alaih    

Ketujuh:70 makanan yang tidak serupa. Dari Utbah bin Abd. As-Sulami r.a. dia berkata,

Saya duduk bersama Rasulullah s.a.w. kemudian datanglah seorang Badwi seraya berkata, “Ya Rasulullah! Saya mendengar engkau menyebutkan sebuah pohon di syurga yang saya tidak ketahui di dunia, pohon yang paling banyak durinya iaitu pohon akasia” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah menjadikan setiap tempat berduri seperti kulit kelamin pada kambing jantan iaitu biji pelir di dalamnya terdapat 70 macam makanan yang tidak menyerupai satu sama lainnya” HR at-Thabrani

Subhanallah, itulah makanan bagi penghuni syurga. Semoga kita juga termasuk di dalam kalangan ahli syurga hendaknya.

_____________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram