5 panel bebas
Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Anwar Ibrahim menegaskan SPRM dipantau 5 panel bebas.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menegaskan yang suruhanjaya itu dipantau lima panel bebas.

Jaminan itu ditegaskan dalam satu kenyataan selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

“Saya memberi jaminan bahawa SPRM sebagai sebuah agensi yang dipantau oleh lima panel bebas akan bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang dan bidang kuasa yang telah diberikan kepada Suruhanjaya ini,” katanya.

Azam Baki menerima kunjungan Anwar Ibrahim dan dalam kenyataan selepas itu SPRM menegaskan ia agensi bebas dipantau 5 panel bebas.

Sementara itu, Azam memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pembangkang, di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

“Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau.

Antara intipati kenyataan Azam Baki selepas menerima kunjungan Anwar Ibrahim hari yang antara lain menegaskan ia agensi bebas dipantau 5 panel bebas.

“SPRM juga menghargai sokongan Datuk Seri Anwar terhadap SPRM dalam usaha membanteras rasuah secara berkesan di negara ini,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: SPRM teliti cadangan tingkat indeks persepsi rasuah

Anwar ketika bertemu media selesai pertemuan tersebut menjelaskan yang beliau telah membangkitkan beberapa perkara antaranya pendakwaan terpilih.

Katanya, ini melibatkan pada era kerajaan Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional (PN) yang mana ada ahli Parlimen tidak didakwa dan ada sebaliknya untuk jenis kesalahan yang hampir serupa.

Sebagai rekod, di bawah Perkara 145, pendakwaan ditentukan sepenuhnya oleh Peguam Negara dan bukannya agensi penguatkuasaan.

Kuasa Peguam Negara itu termasuk dalam bidang kuasa memulakan atau menghentikan sesuatu pendakwaan.

Baca artikel berkaitan: Tak boleh lagi biar PM seorang tentukan siapa Peguam Negara – Tok Mat

Minggu lalu, Anwar telah meminta pertemuan dengan Azam mengenai isu dakwaan percubaan sogok sekurang-kurangnya kepada lima anggota Parlimen PKR untuk lompat parti dan menukar sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram