ubi pandan

Sedapnya ubi pandan perkongsian resipi oleh Martini ini. Resipi ini tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom cuba!

BAHAN
500 gm ubi kayu
500 ml Santan
Sedikit gula
Sedikit jus pandan

CARA
1.Ubi kayu dibersihkan, kemudian direbus empuk. Angkat dan tuskan.
2.Masukkan ubi yang telah empuk ke dalam periuk.
3.Masukkan santan, gula dan jus pandan. Biarkan mendidih. Angkat dan hidangkan.

Resipi: Martini

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi