pintu

Kos untuk tukar pintu, bukan main-main harganya. Silap haribulan boleh melayang duit dapur sebulan. Modalnya cukup besar walau hanya pintu plastik. Kalau pintu kayu, boleh pengsan dibuatnya.

Perkongsian Maz Syawal ini memang waktu terbaik buat anda yang mahukan new look untuk rumah. Jangan asyik tukar cat dinding, namun membiarkan pintu terdampar kesepian tanpa perhatian.

Ayuh, berikan transformasi kepada cik pintu kerana dialah orang pertama yang akan menyambut kepulangan anda ke rumah.

Kos untuk satu pintu hanya perlukan lapan tin cat. Namun hasilnya, terbaik.

Sebelum.

“Kemain Survey sana sini nak tukar pintu🥴
Tapi harga nk tukar pintu semua riban…
Isinar bole jadi iMalap😂

Maka kita renew je la pintu lama.
Biar new look!
Tadaaa.

Hasilnya.
Kos 1 tin RM 7.90.
Guna 8 tin.

Jimat.
Puas hati.

Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.”

Sumber : Maz Syawal