erra fazira

AKTRES jelita Erra Fazira mendedahkan anak tunggalnya, Engku Aleesya cukup teruja kerana impian memiliki seorang adik termakbul selepas bekas suaminya, Engku Emran bernikah dengan Noor Nabila pada Jumaat minggu lalu.

Dedah Erra,47, anak perempuannya itu seringkali berkongsi cerita tentang adik lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Nabila dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Aleesya sangat gembira dapat adik baharu…nampak dia sayang sangat dengan Jayden.

“Saya sering nasihatkan dia untuk jadi seorang kakak yang baik dan jaga adik dengan baik.

“Iyalah, selama ini 11 tahun dia seorang sahaja…bila ada adik ini, impian dia nak jadi kakak dah tertunai.

“Aleesya selalu memuji Jayden seorang kanak-kanak yang bijak…jauh berbeza dengan usianya yang masih kecil,” katanya kepada URTV.

Erra ditemui ketika majlis perlantikannya sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, hari ini.

Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon Neelofa di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN : Noor Nabila, Engku Emran sah suami isteri – “Semuanya berjalan serba ringkas…apa yang penting kami mahukan keberkatan…”

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin,46, pada 25 Oktober 2007 sebelum sah bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang berusia 12 tahun.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN: