cabul kereta
PERBUATAN mencabul ketika dalam kereta boleh diadukan kepada pihak berkuasa. - GAMBAR HIASAN

JIKA sebelum ini kita pernah mendengar kes Ahli Parlimen dari Perlis pernah dihadapkan ke mahkamah atas atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan bawah umur ketika berada di dalam kereta, kini kejadian yang hampir sama berlaku membabitkan seorang ahli politik pembangkang dari utara.

Sehubungan itu, polis sedang menyiasat ahli politik tersebut yang bertindak kurang sopan terhadap wanita yang juga merupakan seorang pembantu kedai dua minggu lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman, wanita itu telah membuat laporan polis pada 16 Mac yang mendakwa bahawa ahli politik pembangkang itu telah bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Memetik laporan Malaysiakini.com, dalam laporan polisnya, wanita itu mendakwa ahli politik itu telah meminta untuk berjumpa bagi membincangkan isu politik semasa, kerana dia juga merupakan anggota parti.

“Wanita berusia 31 tahun itu mengatakan bahawa semasa sedang berjalan-jalan pada 8 Mac sekitar 8.40 malam, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang tangan pengadu tetapi telah ditepis oleh pengadu.

“Kemudian semasa pengadu berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan, suspek bertindak meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan pengadu tetapi telah ditolak oleh pengadu.

“Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu,” kata Khalid yang dipetik dari Malaysiakini.com.

BERITA BERKAITAN Datuk Seri pemilik kedai serbaneka didakwa cabul anak gadis sendiri

Khalid menambah bahawa susulan laporan yang diterima, polis telah memanggil ADUN berkenaan untuk membantu siasatan.

Dia datang untuk memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac.

Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung dengan menggunakan kekerasan untuk memalukan kesopanan seseorang.

Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan ADUN yang didakwa melakukan perbuatan tersebut menafikan tuduhan mencabul seorang wanita pada Januari lalu.

Kata itu, dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya yang dihubungi portal berita tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram