Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi serai pudina yang SAJI kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
5 cawan beras basmathi
3 ulas bawang putih – hiris
4 ulas bawang merah – hiris
1 cm halia – mayang halus
2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun pudina
4 batang serai
1 cawan susu cair
6 cawan air
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

CARA
1.Cuci beras dan tuskan. Ketepikan.
2.Panaskan minyak sapi dan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.Masukkan halia, bunga lawang, serai, daun pudina, kulit kayu manis dan buah pelaga. Tumis hingga terbit bau.
4.Masukkan susu cair dan air. Apabila mendidih, bolehlah masukkan beras. Masak seketika, kemudian alihkan beras dalam periuk elektrik. Tanak nasi sehingga masak.
5.Setelah nasi masak, titiskan pewarna hijau dan gemburkan nasi sehingga sebati.

Resipi: Ruzita Ismail

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi