Resipi wantan goreng isi ikan …mudah dan sedap

0
512
wantan goreng

Wantan goreng adalah juadah kegemaran ramai tidak kira bangsa di Malaysia. Cara menyediakannya tidak susah dan mengambil masa. Jom cuba resipi wantan goreng isi ikan yang sangat mudah dan semestinya sedap ini.

BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit wantan
1 biji telur
150 gram isi ikan dori – dikisar
20 gram daun pasli – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan isi ikan dori, daun parsley, garam, serbuk lada hitam dan telur dalam bekas dan gaul sehingga sebati untuk menghasilkan inti.
2.Letakkan inti di tengah-tengah kulit wantan. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.
3.Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi