gril salmon sos bawang putih

Bagi mereka yang sedang berdiet tetapi ingin menikmati juadah yang enak, apa kata cuba resipi gril salmon sos bawang putih ini. Resipi yang diilhamkan oleh Cef Shahril ini, pasti boleh membantu anda untuk memulakan langkah pertama menikmati hidangan yang lebih sihat.

BAHAN
1 keping ikan salmon
1 labu bawang putih
50 gm saderi – cincang halus
50 gm bawang merah – cincang halus
1 sudu besar mentega
2 helai daun bay kering
100 ml krim masakan
Secubit garam
Secubit lada sulah
2 biji Kentang
20 gm parsli – cincang halus
1 sudu besar minyak zaitun

CARA
1.Cuci salmon, gaulkan dengan garam dan sedikit lada sulah. Gril salmon di atas pan tahan lekat.
2.SOS BAWANG PUTIH : Bakar bawang putih di dalam ketuhar dan lenyekkan. Panaskan pan, cairkan mentega tumiskan saderi, bawang merah dan daun bay sehingga naik bau.
3.Masukkan bawang putih lenyek dan krim masakan sehingga pekat. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Sebatikan rasa.
4.Kemudian cuci bersih kentang dan potong kiub besar, gaulkan dengan minyak zaitun dan daun parsli. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit. Hidangkan ikan salmon, sos bawang putih dan kentang bakar mengikut kreativiti anda.

Resipi : Cef Shahril Hussin, Pensyarah, Universiti Teknologi Mara (Uitm) Pulau Pinang

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi