Kita sentiasa mengambil makanan berkhasiat untuk tubuh badan. Adakah ianya baik untuk mata anda dan pernahkah anda terfikir khasiat yang diperlukan mata?

Berikut antara makanan atau suplemen yang menjadikan mata dan penglihatan anda semakin baik. Cubalah!

Vitamin E

Juga bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa mengurangkan kesan kerosakan radikal bebas yang tidak terkawal agar dapat mengekalkan struktur pembuluh darah di dalam mata. Kekacang, nut butter, bijian, minyak, sapuan, keledek dan bijirin yang diperkuat adalah sumber yang kaya dengan vitamin E.

Vitamin C

Bertindak sebagai antioksidan penting yang melindungi sel-sel halus dibelakang mata dari kerosakan akibat radikal bebas. Lada benggala, strawberry, brokolo, tomato dan buah-buahan bercitrus adalah sumber vitamin C yang baik.

Lutien dan Zeaxanthin

Carotenoid ini berupaya mencegah penyakiy mata yang berkaitan dengan faktor-faktor penuaan seperti katarak yang tertumpu di bahagian belakang mata. Telur, sayur-sayuran berdaun berwarna hijau seperti bayam, kale, salad romaine, lobak merah, brokolo dan kekacang hijau adalah sumber terbaik.

Zinc

European Food Standards Agency telah mengesahkan dakwaan bahawa zinc adalah penyumbang kepada penglihatan yang normal yang mana ia berupaya membantu mata menyerap cahaya. Zinc boleh didapati daripada bijian penuh, avocado, bawang putih, cendawan, coklat gelap dan kerang-kerangan.

Omega 3

Mengambil ikan yang tinggi kandungan omega 3 mampu mengurangkan risiko pembentukan kemerosotan mata sehingga 40 peratus. Ikan liar seperti salmon, tuna, kembong dan tenggiri tinggi kandungan omega 3.

Hadkan Omega 6

Anda boleh lakukannya dengan mengurangkan penggunaan minyak masak sebaliknya gantikan ia dengan minyak kelapa yang mana mengandungi lebih rendah omega 6. Elakkan mengambil lemak berhidrogen yang didapati dalam biskut, marjerin dan makanan segera serta elakkan memasak minyak zaitun pada suhu tinggi, sebaliknya gunakan ia sebagai penambah rasa atau dalam masakan yang ringkas.