neelofa

SELEBRITI popular, Neelofa yang didakwa bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pendakwah bebas, PU Riz pada hujung minggu ini memohon doa orang ramai agar semua urusan dipermudahkan.

Neelofa,32, memuat naik tiga potongan doa menerusi hantaran di Instagramnya.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri sendiri tidak memerlukan segala sesuatu dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku,” katanya.

Malah bekas pengacara MeleTOP itu juga meminta mereka yang membaca perkongsiannya itu turut mendoakan dirinya.

Perkongsiannya itu mendapat 200,000 tanda suka dan lebih 3,500 komen.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai berita pasangan itu bakal bernikah pada hari Sabtu ini.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai khabar angin tersebut memandangkan tiada sebarang pengesahan daripada kedua belah pihak.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi