Kulit sihat yang sihat, anjal dan berseri bermula daripada ritual penjagaan yang sempurna. Kesilapan membersih wajah boleh menimbulkan masalah seperti kulit kering, iritasi, berminyak, pori-pori tersumbat dan banyak lagi.

Berikut merupakan enam cara mencuci wajah yang salah dan wajib anda ambil peduli.

1. Jangan skip mencuci muka di pagi hari

Tahukan anda bahawa sewaktu tidur terdapat kotoran, minyak dan kuman dari sarung bantal yang terperangkap di dalam pori-pori kulit. Untuk itu, jangan skip mencuci muka setiap pagi sebelum melakukan aktiviti harian ya.

2. Memakai sabun badan dan wajah jadi satu

Ada produk yang menawarkan sabun badan dan wajah menjadi satu. HF nasihatkan jangan sesekali mencuba. Ingat! Sabun badan bekerja untuk membersihkan seluruh tubuh hingga kaki dan kawasan sulit. Ia memiliki pH yang boleh menghilangkan minyak dan membuatkannya kering. Bayangkan jika digunakan pada wajah.

3. Menggunakan air terlalu panas

Air panas bukanlah teman bagi kulit terutama untuk kawasan sensitif seperti wajah. Sebagai ganti, gunakan air hangat atau dingin untuk mencuci muka.

4. Elak skrub terlalu kuat

Sekalipun ingin menyingkirkan noda-noda di wajah, menggosok kulit dengan scrub wajah yang terlalu kuat tidak memberi manfaat pada kulit anda. Malah, cara ini boleh merosakkan elastik kulit seperti kusam, kering dan iritasi. Scrub sekali seminggu sudah memadai.

5.Makeup wipes bukan penyelesaian

Membersihkan wajah dengan makeup wipes bukan penyelesaian membuang kotoran sepenuhnya. Langkah baiknya adalah membersihkan sisa mekap dengan wipes, kemudian bilas dengan pembersih wajah.

6. Terlalu kerap mencuci

Amalan mencuci muka yang paling idela adalah dua kali sehari, satu kali di pagi hari dan satu kali di malam hari. Risiko kulit kering dan iritasi akan terjadi jika anda kerap mencuci seperti mana yang dicadangkan.