kari ikan pari kerisik

Sedapnya lauk kari ikan pari kerisik ni! Makan bersama nasi panas tambah pula dengan sedikit ulam-ulaman. Sedapnya tak terkata..! Jom cuba resipi oleh Marsita Kamarulzaman yang mudah dan semestinya sedap ini.

BAHAN
500 gm ikan pari
3 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
1 cawan santan
2 sudu kecil kerisik
2 keping asam gelugur
5 batang bendi
Garam

CARA:
1.Kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama rempah kari.
2.Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3.Akhir sekali, masukan ikan pari, santan, bendi dan kerisik. Gaul rata dan tunggu sehingga ikan pari masak.
4.Perisakan dengan garam secukup rasa..

Resipi: Marsita Kamarulzaman

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi