telur dadar gulung berlada

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi telur dadar gulung berlada yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN SOS BERLADA:
10 tangkai cili merah *
6 tangkai cili padi *
5 ulas bawang putih *
4 biji bawang merah *
20gm belacan – dibakar
1 sudu kecil Ikan bilis – digoreng dan dikisar
4 sudu besar gula perang
100ml air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
*Dikisar kasar bersama

BAHAN TELUR DADAR GULUNG:
6 biji telur
2 sudu besar lobak merah – telah dicincang halus
2 sudu besar bawang merah – telah dicincang halus
2 sudu besar daun bawang – telah dicincang halus
2 sudu besar cili merah – telah dicincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

CARA:

1.Untuk sos berlada, panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2.Selepas itu masukkan belacan dan ikan bilis.
3.Kemudian masukkan air, gula perang dan garam secukup rasa dan biarkan merenih sehingga masak selama 10 minit. Ketepikan.
4.Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan lobak merah, bawang merah, daun bawang, cili merah dan garam secukup rasa. Pukul sehingga sebati.
5.Panaskan sedikit minyak di atas kuali tidak melekat dengan api perlahan dan masukkan 1/3 bancuhan telur.
6.Apabila bahagaian bawah telur masak, gulung telur sedikit demi sedikit ke tepi kuali.
7.Kemudian tuang 1/3 lagi bancuhan telur dan letak telur yang telah digulung tadi di atas.
8.Tunggu bahagian bawah telur masak dan gulung lagi.
9.Masukkan 1/3 bancuhan telur yang tinggal dan ulang langkah 7 dan langkah 8. Biarkan seketika sehingga bahagian dalam telur masak.
10.Angkat dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Tuangkan sos berlada di atas telur dan sedia untuk dihidang.
Resepi: Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi