Kongsi gambar seksi, ramai dakwa akaun Instagram Nonny Nadirah digodam

Dari Penulis

HANTARAN dimuat naik pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah menimbulkan persoalan mengenai penampilan terbaharunya.

Menerusi satu hantaran video yang berdurasi 38 saat di Instagram, seorang wanita yang memakai baju berwarna putih serta berstoking jaring sehingga atas peha telah mencuri perhatian pengikut akaun tersebut.

Namun, wajah individu tersebut tidak dapat di kenal pasti kerana ditutup dengan alat pelindung muka (visor).

“It’s good to be back,” tulisnya di kapsyen.

Malah, menerusi pemerhatian URTV, InstaStory Nonny turut memuat naik video yang sama.

Ramai yang mula membuat spekulasi apakah individu tersebut adalah Nonny atau ada juga yang menganggap akaun Instagramnya telah digodam.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian itu telah mendapat hampir 62,000 tontonan pelayar laman sosial.

Untuk rekod, Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin,32, mula memakai tudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

URTV masih berusaha untuk menghubungi Nonny bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripadanya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This