lebih 1 tan
Lebih 1 tan daging kambing segar dari Australia dirampas MAQIS Selangor Rabu lalu./Gambar FB MAQIS Selangor

KENAPA masih berlaku?

Entah kali ke berapa rampasan demi rampasan daging import sama ada lembu, kerbau, kambing atau ayam yang dibawa masuk kerana diragui status halal.

Ada kes daging dibawa masuk dari loji sembelihan tidak sah, ada yang bercampur antara sah dengan tidak dan ada yang langsung tidak mempunyai logo halal sama ada pihak yang diiktiraf Malaysia atau tidak.

Ini seperti mana rampasan daging kambing dari Australia Rabu lalu yang tidak mempunyai logo halal.

Dalam rampasan terbaru itu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,160 kilogram daging kambing segar yang diimport dari Australia.

Keseluruhannya, daging tersebut bernilai RM56,614 yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sepang.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan fizikal dilakukan pada 11 pagi di kawasan pemeriksaan MAQIS Kargo KLIA dan mendapati tiada logo halal pada pembungkusan daging tersebut.

Baca artikel berkaitan: Bukan selori, tapi tiga kontena daging seludup diragui halal dirampas MAQIS

Logo halal tak sah, 12 kontena daging import India dirampas

“Pengimportan dagangan daging ini tidak mematuhi syarat permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

lebih 1 tan
Lebih satu tan daging kambing segar dari Australia dirampas MAQIS Selangor Rabu lalu./Gambar FB MAQIS Selangor.

Zamri berkata kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

“MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan diimport bersama penyakit dan perosak,” katanya.

Pada hujung tahun lalu negara digemparkan dengan kewujudan kartel daging yang membawa masuk daging sejuk beku diragui status halal dan ada sindiket kemudian membungkus semula dengan menggunakan jenama yang mempunyai logo halal diiktiraf.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram