laksa penaga

Teringin nak makan laksa? Apa kata masak sendiri dirumah. Terjamin kebersihan dan keenakan. Jom cuba resepi laksa penaga yang dikongsikan oleh Cef Yati ini. Memang mudah, sedap dan cepat.

BAHAN
1 kg laksa basah
1 kg ikan kembung
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering – rendam air panas
4 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan
4 keping asam gelugur
1 liter air
Sedikit garam

BAHAN SAMPINGAN
5 biji telur rebus
1 biji timun
1 labu bawang besar
4 tangkai daun selom – hiris nipis
2 biji limau nipis

CARA

  1. Bersihkan ikan, rebus bersama dengan asam keping dan garam sehingga mendidih. Sejukkan, ambil isi ikan. Kemudian dan kisar dengan air rebusan. Tuangkan ke dalam periuk.
  2. Kisar bawang dan cili kering, kemudian tuangkan ke dalam isi ikan kisar.
  3. Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Tuangkan air dan reneh di atas api perlahan sehingga kuah masak serta
    mendidih selama 30 minit. Masukkan garam secukup rasa. Hidangkan
    bersama laksa basah dan bahan sampingan.
Resipi : Cef Yati Rahman

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi