nasi jagung

Bosan asyik makan nasi biasa? Apa kata tukar selera dan cuba resepi nasi jagung yang Saji kongsikan‎ ini. Tidak memerlukan banyak bahan dan hanya guna beras biasa sahaja. Selamat mencuba!

BAHAN:
2 cawan beras- cuci dan tos
3 cawan air
3 ulas bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih – hiris
2 cm halia-hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan isi jagung -rebus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

CARA:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih. Biarkan hingga bawang layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau.
  3. Masukkan pewarna kuning, air dan masukkan beras.
  4. Apabila mendidih letakkan ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.
  5. Apabila nasi hampir masak, masukkan isi jagung.
Resipi: Ruzita Ismail

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi