Neelofa sah milik PU Riz

0
1211

Akhirnya penantian peminat untuk menyaksikan Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz disatukan sebagai suami isteri menemui titik noktah.

Neelofa,32, sah bergelar ister kepada Riz atau Haris Ismail,26, dengan sekali lafaz pada pukul 11.40 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd. Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya.

Dalam majlis pernikahan yang serba sederhana itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Majlis ijabkabul pasangan itu diadakan di Hotel Grand-Hyatt, Kuala Lumpur.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi