Sunburn! Bagaimana merawatnya?

0
19

Kita semua tahu sunburn adalah teruk kerana ia adalah tanda-tanda penuaan yang paling cepat dan mampu meningkatkan risiko terkena kanser kulit.

Percayalah sesiapa yang terkena sunburn tentu mahu merawatnya secepat mungkin. Tip berikut mungkin boleh membantu anda meredakan kulit yang terkena sunburn.

Jangan berjemur

Pertama kali jika anda sedar kulit terbakar akibat panahan matahari ialah cepat-cepat mencari tempat berteduh atau melindungi diri dari terik matahari. Jika anda masih perlu berada di luar, pastikan berteduh secepat mungkin untuk mengelakkan kerosakan pada kulit dengan lebih teruk.

Lindungi kulit dengan pelindung matahari seperti krim yang mempunyai SPF50 adalah langkah terbaik bagi membantu mengurangkan kesan sunburn.

Cuci wajah berhati-hati

Elakkan mandi dengan air panas walau dalam apa cara sekalipun. Ini kerana suhu yang tinggi menyebabkan kulit menjadi kering dengan lebih cepat dan jangan lakukan apa-apa di bahagian yang terkena sunburn.

Tekanan kuat daripada air mandian juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Sebaliknya gunalah air mandian yang bersuhu rendah atau sejuk untuk menenangkan kulit. Elakkan juga scrub atau mencukur di bahagian yang tersebut sebaliknya gunalah pencuci wajah atau krim yang lembut sebelum membilasnya dengan air.

Minum banyak air

Kekal hidrat adalah sangat penting namun ia akan menjadi berbeza sekiranya anda terkena sunburn. Pastikan anda mengambil air minuman secukupnya sepanjang hari untuk menyejukkan badan dan bagi mengelakkan dehydration dan bawalah botol air ke mana sahaja anda pergi sekiranya perlu.

Guna after-sun produk

After-sun produk juga amat berguna kerana ia dapat membantu menggantikan kelembapan kulit yang hilang serta membantu mempercepatkan proses pemulihan. Aloe vera contohnya membantu mengurangkan keradangan sepertimana shea butter dan minyak kelapa yang dapat membantu kulit kekal hidrat. Untuk bahagian wajah boleh cuba heading mask atau apa-apa produk yang dicipta khusus untuk wajah. Untuk kesan yang lebih sensasi dan menenangkan anda boleh simpan ia di dalam peti sejuk.

Pakaian longgar

Walaupun kesan akibat sunburn yang anda hadapi sudah berkurang, amat penting untuk anda kekal melindungi kulit selagi ia belum benar-benar sembuh. Pakai pakaian yang longgar agar anda sentiasa selesa kerana pakaian yang ketat akan membuatkan anda cepat berpeluh dan menyebabkan kulit menjadi merah.