Resipi ikan haruan bakar berinti kelapa parut

0
546
ikan haruan bakar

Selalunya kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita perlu ke kedai. Apa kata kali ini kita buat sendiri dirumah. Jom cuba resipi ikan haruan bakar berinti kelapa parut yang SAJI kongsikan ini. Pasti lebih sedap!

BAHAN
2 ekor ikan haruan – bersihkan dan belah bahagian bawah
6 ulas bawang merah – kisar
100 gm cili kering – kisar
30 gm asam jawa – campur dengan 10 ml air
200 gm kelapa parut
30 ml minyak masak
Garam dan gula

CARA
1.Bersihkan ikan haruan, kemudian sapu badan ikan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
2.Satukan bawang merah, cili kering, kelapa parut dan air asam jawa. Gaul rata.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
4.Sumbat ikan haruan dengan bahan-bahan yang digaul sebati.
5.Akhir sekali, panggang ikan sehingga masak. Boleh juga digoreng jika suka.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi