ainul aishah

PELAKON Ainul Aishah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Khalid Redzuan dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Ainul atau nama penuhnya Ainul Aishah Azizun, 36, berkongsi beberapa keping foto di sekitar majlis yang bertemakan ‘dusty purple’.

Difahamkan majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Engagement of Khalid Redzuan & Ainul Aishah. #KRxAA 27/03/21,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut pelakon filem Histeria itu membanjiri ruangan komen dan meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.