gulai kawah kambing

Sedapnya gulai kawah kambing ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi gulai kawah kambing yang menyelerakan ini. Berbaloi cuba!

BAHAN
500 gm daging kambing bertulang
40 gm kerisik
1 paket kecil rempah kari daging
2 batang serai – ketuk
3 helai daun limau purut
2 biji kentang
1 cawan santan pekat
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar gula merah
2 keping asam gelugur
Minyak masak
Garam dan gula
Air secukupnya

BAHAN KISAR
1 labu bawang merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 cm halia
5 cm lengkuas
7 tangkai cili kering

CARA
1.Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis serta bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi dan garing.
2.Bancuh rempah kari daging dengan air dan masukkan dalam tumisan. Tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan daging kambing dan gaul rata.
4.Biarkan daging kambing kecut sedikit dan segala rempah tumisan meresap ke dalam isi. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
5.Bila sudah agak empuk, masukkan santan, kerisik, garam dan gula, daun limau purut,kentang dan asam gelugur. Tambah air secukupnya.
6.Biarkan mereneh hingga daging empuk dan kentang masak. Kacau sekali sekala agar gulai tidak hangit.

Resipi : Malina, Pulau Pinang

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi