Double Chin? No! Buat 4 perkara ni

0
19

Puas kawal makan tapi wajah tetap nampak berisi. Aduh macam mana? Ini tip untuk mengecilkan pipi dan menghapuskan double chin paling mudah, murah dan berkesan.

1.Hijab nada lembut

Bagi yang berhijab, anda boleh sembunyikan leher dan dagu berlapis tu dengan lilitan hijab dari nada lembut. Pilih dari material kapas atau sifon yang bukan sahaja selesa malah terbaik untuk menutupi kekurangan anda.

2. Kunyah gula-gula getah

Tahukah anda…mengunyah gula-gula getah tanpa gula juga membantu senaman otot wajah. Senaman mudah ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Selain dapat mengecilkan wajah, ia membantu membersihkan gigi dan gusi.

3. Senaman dagu

Berdiri tegak dalam posisi duduk dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti ingin memanding siling. Kemudian bentukkan bibir (duck face) dan lakukan selama 5 saat dan ulang gerakan ini selama 10 kali. Amalkan setiap hari ketika bangun dari tidur.

4. Say no to sugar

Cuba elakkan mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sebaliknya cuba gula semulajadi daripada buah-buahan seperti epal dan tembikai. Banyakkan juga minum air kosong dan cuba nikmati minuman kegemaran seperti kopi dan teh tanpa gula. Tubuh anda tetap memerlukan gula sebagai sumber tenaga tetapi anda perlu bijak mengawal pengambilannya.