Zaman internet di hujung jari, apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, hanya taip dan nah segalanya terhidang depan mata. Namun dek kerana banyak sangat maklumat yang dipaparkan, bukan semuanya boleh digunapakai, kena tapis.

Begitu juga dengan resipi yang dikongsi. Memang banyak tapi mana yang sedap macam mak-mak masak? Kenalah cuba satu persatu kan?

Perkongsian Siti Faridah Shuib ini cukup menggamit kenangan, buku resipi peninggalan arwah ibu dan ayahnya mengimbau kembali momen indah zaman dulu kala.

Jika dulu, resipi diwarisi dengan catatan tangan di dalam buku dan hasilnya tak perlu diragukan, memang sedap.

“Ini buku resepi arwah mak dan abah.Saya masih simpan elok. Zaman dulu² mana nak jumpa buku resepi yang jual tu. Semua kena salin dalam buku nota. Kalau sekarang, simpan resepi dalam FB je, save..done. Masak je tak done². 😅Arwah mak abah saya memang rajin dan suka memasak. Masak pun semua sedap-sedap. Saya ada la try beberapa resepi dalam buku tu. Memang menjadi.Siapa lagi yang ada simpan buku resepi macam ni?”

Sumber : Siti Faridah Shuib