[VIDEO] Jambatan Tamparuli | Korban cinta sumandak & lelaki British

0
225

“PAK pak kang ku doh (Pak pak saya melangkah)… Sumunsui doh jambatan (Menyusur hai jambatan)… Jambatan doh Tamparuli (Jambatan si Tamparuli)… Bakasut tinggi oku (Saya berkasut tinggi)…”

Jika orang Sabah pasti tahu lagu di atas. Lagu Jambatan Tamparuli dalam bahasa Dusun yang dipopularkan oleh penyanyi tempatan, Justin Lusah pada awal 80-an yang telah memperkenalkan Tamparuli ke seluruh Malaysia.

Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil terletak dalam daerah Tuaran di Sabah. Majoriti penduduk di sini adalah daripada suku kaum Kadazan-Dusun.

Hari ini, sebut sahaja Tamparuli, yang akan segera terbayang sudah pasti ialah jambatannya. Jambatan Tamparuli memang terkenal dan menjadi mercu tanda bandar ini.

Di sebalik pembinaan jambatan ini, terdapat satu kisah legenda. Kisah yang mengorbankan cinta seorang sumandak dan lelaki Inggeris. Tonton video untuk mendengar kisahnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Misteri Jalan Mantin | Layar Mastika


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.