‘Angkat tong gas pun boleh, inikan awak’ – Gadis comel bikin kaum Adam ‘panas’

0
13695
gadis tong gas
Gelagat Aleya ketika mengangkat tong gas yang disangkakan kosong.

Gelagat seorang gadis comel mengangkat tong gas secara bersendirian mencetus perdebatan dalam kalangan kaum Adam yang mendakwa ia kosong dan hanya lakonan semata-mata.

Si cantik dari Cameron Highlands, bernama Nur Aliyana Sulaiman, 24, semalam memuat naik sebuah video pendek TikTok menunjukkan dirinya mengangkat tong gas dengan kapsyen “Angkat gas pun boleh inikan awak” kini menjadi bualan.

Dengan tontonan menghampiri sejuta selepas 23 jam dimuat naik, gelagatnya menangkat tong gas seolah-olah “ringan” itu menunjukkan dirinya terlalu “kuat” bagi seorang gadis semudanya.

Utusan TV yang berkesempatan mendapatkan reaksi gadis yang mesra disapa Aleya itu mendedahkan tong gas yang diangkatnya itu sememangnya berisi, akan tetapi ia bukannya penuh dan hanya separuh.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan buat dirinya mengangkat tong gas bersendirian ketika membantu keluarga berniaga di pasar malam Golden Hill di Tanah Rata, Cameron Highlands pada setiap hari jika musim cuti sekolah.

“Jika bukan musim cuti sekolah saya akan bantu keluarga berniaga pada setiap hari Jumaat dan Sabtu,” ujarnya.

@aleyalee1

Angkat gas pun boleh inikan awak🤪 #fyp #foryou

♬ DJ Cantik Gratatata Remix – DJCantik

Katanya, jika tong gas itu penuh, kebiasaan dia akan mengangkat bersama-sama adik perempuannya kerana ibunya sememangnya melarang untuk melakukan seorang diri.

“Tong gas yang saya angkat dalam video tu dah tinggal setengah sebenarnya sebab kalau penuh mak saya pun tak bagi angkat,” katanya.

Rata-rata golongan lelaki yang meninggalkan komen pada video Aleya yang tular di TikTok itu mempercayai bahawa tong gas yang diangkatnya kosong dan ada juga yang mendakwa video tersebut dirakam untuk ‘content’ TikTok semata-mata.

“Gas takde isi boleh lah dia nak wayang buat TikTok… cuba ada isi.. merah muka dia hahahahaha,” kata salah seorang pengguna lelaki iaitu @dzul_ganu.

Baca artikel berkaitan: Abang, adik gaduh, ayah guna ‘Man U terer’ sebagai pengikat kasih

Ada juga golongan lelaki yang memuji Aleya kuat dan tidak ketinggalan juga yang bergurau dengan mengatakan sesiapa yang membuatnya marah pasti akan diangkat seperti tong gas tersebut.

“Naya kalau buat dia marah… tak pasal pasal kena angkat cam tong gas.. terus lempar kat longkang hahaha,” kata pemilik akaun @tinowan1993.

Tidak kurang juga golongan wanita yang memuji tindakannya dengan memberi komen “Waa kuat.. saya heret tong gas ketepi je dah penat terbongkok bongkok haha,” kata @niazsha159796.

Ramai juga golongan wanita yang mengambil berat akan kesihatan Aleya dan melarangnya daripada selalu mengangkat barang-barang yang berat.

“Jangan selalu sangat angkat tau.. bahaya.. kalau mak aku dah sah sah marah tu haha walaupun aku cakap aku okay.. perempuan kannn haihhh takut bahaya dalaman,” kata @nananana20_.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram