Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad (tengah) bersama Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee (kanan sekali) serta Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaludin (kiri) ketika mengadakan kempen Tontonan Terhebat UEFA EURO 2020 di Sunway Pyramid, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Astro bakal membawakan tontonan terhebat kejohanan bola sepak terunggul Eropah, UEFA EURO 2020 yang membuka tirai Jun ini di kaca televisyen dan aplikasi Astro Go secara langsung.

Siaran menerusi Ultra Box pula akan menyajikan siaran secara langsung kesemua 51 perlawanan dalam versi 4K UHD.

Menurut Pengarah Kormersial Astro, Azlin Arshad, pelanggan pek sukan Astro bakal merasai pengalaman tontonan terhebat apabila menyaksikan acara sukan berprestij secara langsung dalam versi 4K Ultra High Definition UHD di Ultra Box.

Katanya, pelanggan pek sukan juga akan mendapat akses percuma dan pek berkenaan akan dinaik taraf ke Ultra Box tanpa bayaran.

“Bagi pelanggan-pelanggan komersial, Astro menyediakan pakej istimewa pek sukan yang lebih fleksibel  yang mengandungi semua saluran sukan.

Baca artikel berkaitan: Haaland hitung peluang beraksi bersama gergasi bola sepak sepanyol

“Kami juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti menonton bersama pelanggan di rangkaian-rangkaian perniagaan kami bagi menggalakkan pelanggan terlibat secara langsung bersama Astro.

“Kami yakin, siaran langsung perlawanan sukan berprestij ini akan menarik lebih ramai pelanggan khususnya peminat bolasepak ke kedai makan dan restoran-restoran serta rangkaian hotel bagi menggalakkan tontonan secara sah,” katanya selepas hadir mempromosikan kempen tontonan terhebat UEFA EURO 2020 Astro di Sunway Pyramid.

Turut hadir sama, Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee dan Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin.

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad bersama Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee menjulang replika Piala UEFA EURO 2020 ketika mengadakan kempen Tontonan Terhebat UEFA EURO 2020 di Sunway Pyramid, semalam.GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam pada itu, CK Lee memaklumkan, Astro turut menganjurkan kempen Goal Mania bersama pelanggan dari 1 hingga 4 April di Pusat Beli-belah Sunway Pyramud selepas lebih kurang setahun program tersebut terpaksa ditunda.

“Bagi memeriahkan kempen ini, semua pelanggan pek sukan sedia ada atau pelanggan yang baru mendaftar, mereka berpeluang membawa pulang sebuah televisyen 4K bersaiz 51 inci sebagai hadiah utama,” jelas beliau.

Euro 2020 akan membuka tirai secara rasmi pada 12 jun depan dengan perlawanan pembukaan di antara Turki dan Itali pada jam 3.00 pagi (waktu Malaysia) dengan pelanggan boleh menonton di platform Astro Go atau menonton menerusi saluran khas dalam versi HD (saluran 810 dan 809).

Saluran khas itu juga akan dibuka dan memulakan siaran seawal 1 Jun dengan menyiarkan siri perlawanan kelayakan, sorotan-sorotan menarik dan perlawanan persahabatan.

Astro juga menyediakan saluran Ultra High-Definition UHD (Saluran 871 dan 872) untuk pelanggan yang memliki Ultra Box di mana saluran ini akan menyiarkan perlawanan secara langsung dan ulangan sahaja.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram