Kulit flawless bukan lagi rahsia. Ikut tip ini

0
12

Cantik dan gebunya muka dia. Tak ada secalit cela pun. Jom HF bantu untuk miliki kulit flawless dengan langkah mudah.

1. Tidur 8 jam sehari

Beauty sleep is real. Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari membantu mendapatkan kulit sihat, muda dan berseri. Malah tubuh anda juga melakukan pelbagai proses pemulihan dalam waktu tidur. Tabiat tidur lewat mengundang masalah dark circles dan eyebag. Elakkan juga tidur bersama mekap kerana ia boleh merosakkan kulit.

2. Tahu erti relaks

Setiap orang tidak terlepas daripada berdepan dengan tekanan. Namun janganlah mengikut perasaan kerana ia bukan sahaja boleh memberi kesan negatif secara fizikal dan mental malah mewujudkan jerawat dan jeragat berlebihan. Rehat yang cukup dapat mengembalikan tenaga kepada tubuh sekali gus mengembalikan seri wajah seseorang.

3. Pelembab elak wajah kusam

Oles krim pelembab pada wajah waktu pagi dan sebelum tidur. Kulit anda perlukan lembapan dan proses ini penting untuk mencegah kedutan di kulit. Mengekalkan muka yang lembab juga sangat penting bagi mengelakkan kekeringan dan wajah menjadi kusam.

4. Jus detoks

Jika kulit anda sering ditumbuhi jerawat dan kusam, ini bermakna toksin di dalam tubuh terlalu banyak. Amalan minum jus detoks sekali dalam sebulan dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh. Buah dan sayuran hijau seperti lemon, oren, bayam, timun dan epal antara bahan organik terbaik untuk jus detoks.